Kenali SMK Tambun, Ipoh




Sejarah Sekolah
 
           

                15 Jun 2001 merupakan tanggal  pemilihan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Bermula dari tarikh tersebut, kerja-kerja pembinaan giat dijalankan.  Bangunan sekolah yang bernilai RM16.9 juta ini  siap sepenuhnya  pada 14 Sepetember 2002 dan penyerahan bangunan sekolah oleh kontraktor kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah pada 16 September 2003. Selepas tarikh tersebut, kerja-kerja melengkapkan peralatan untuk memulakan sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. Encik Yamin bin Zakaria merupakan ‘care taker’ yang dilantik oleh Pejabat Pelajarn Daerah Kinta untuk memastikan semua urusan berjalan dengan sempurna.

                Seramai 540 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 memulakan sesi pertama persekolahan di SMK Tambun pada tahun 2004. Bilangan kelas yang dibuka  adalah sebanyak 15 buah iaitu 10 buah kelas  dari Tingkatan 1 dan lima buah kelas menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan dua. 33 orang guru perintis dan empat orang staf sokongan ditempatkan di SMK Tambun ketika itu. 

            SMK Tambun menerima Yang Mulia Raja Abdul Rahman bin Raja Amran sebagai pengetua pertamanya pada 1 Mac 2004.  Bermula tahun 2005, bilangan pelajar dan guru mula meningkat dan kini SMK Tambun mempunyai 1332 orang pelajar dari tingkatan  satu hingga tingkatan lima. Seramai 93 staf akademik dan 17 staf sokong menerajui SMK Tambun saat ini.

            Pada 1 Mac 2005, Y.M. Raja Abdul Rahman bin Raja Amran telah bertukar ke Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Tempat beliau diganti oleh Puan Zahrah bt Mohd Ali mulai 15 Mac 2005 hingga  28 Februari 2007. Bermula dari tarikh itu, SMK Tambun diterajui oleh Puan Hjh Naimah binti Haji Omar hingga kini. SMK Tambun terbilang 2010 menjadi visi beliau dan harapan ini diharapkan menjadi kenyataan dengan pelbagai perancangan dan pelaksanaan yang dijalankan. Mulai 1 Oktober 2011 SMK Tambun menerima pemimpin baru iaitu Tuan Azmi Bin Dahali. Beliau merupakan seorang pengetua yang tegas dan berdedikasi. 

            Seterusnya, teraju pengurusan SMK Tambun sekali lagi bertukar tangan apabila En Ahamad Shaker Bin Lazim menjadi pengetua pada 1 Januari 2013. Kemudian, tidak lama selepas itu, SMK Tambun telah menerima pengetua baru pada 16 April tahun yang sama iaitu Encik Rosli Bin Shuaid. Kini, mulai 1 Oktober 2015 SMK Tambun diterajui oleh Tuan Hj. Anuar Bin Hj. Noh. Beliau merupakan seorang pengetua yang tegas dan sangat mementingkan disiplin serta etika seorang guru.


Lagu Sekolah

Maju Berhemah Tuju Wawasan
Sekolah Kebangsaan Kita
Bertekad Berazam Untuk Berjaya
Mencapai Cita-Cita Bangsa
Insan Cemerlang Jadi Harapan
Sepakat Jadi Amalan
Bersatu Maju Sekolah Gemilang
Terpancar Kejayaan
Mari Bersama Ganding Usaha
Binakan Diri Mulia

Patuh Agama Taatkan Raja
Direstui Ibu bapa
Terus Membara Semangat Waja
Berjasa Kau Berjasa
Maju Sekolah Ku Sejahtera
Kekal Sepanjang Masa
Sekolah Ku Berwawasan

No comments:

Post a Comment