Konsep Disiplin Bilik Darjah
Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran.
Mengikut Oliva (1956), disiplin
merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan
bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang
menetapkan peraturan atau hukuman.
Dalam buku Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa
maksud seperti :
·
Kesanggupan
seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
·
Kesanggupan
seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
·
Kesanggupan
seseorang menghormati hak individu lain.
·
Kesanggupan
seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan
orang lain.
·
Kesanggupan
hormat-menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat
tolong-menolong.
·
Kesanggupan
membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina.
·
Kesanggupan
berkhidmat kepada masyarakat.
Di peringkat sekolah, disiplin merupakan
peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru itu,
disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada
pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa
aktiviti pengajaran pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin
boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik darjah yang harmonis,
aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur
dan lancar tanpa sebarang gangguan.
Jenis-jenis Disiplin
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh
dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan
kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri.
(a) Disiplin Arahan Guru
Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin
murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai
disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk
menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi
oleh murid-murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan
peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik
darjah, menghukum murid yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan
guru.
Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu
guru mempunyai kuasa yang mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman
berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi
segalanya untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah.
Oleh sebab guru mempunyai kuasa mendenda murid yang
melanggar peraturan, jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum.
Kedua-dua ciri disiplin arahan guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum
telah menjadi amalan guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan kata
lain, di bawah disiplin arahan guru, murid-murid diwajibkan mematuhi segala
peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar disiplin,
dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai.
(b) Disiplin Arahan Kerja
Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan
yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan
tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan
menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang
positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan
tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. Sememangnya, tidak semua murid
mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan
tugasan mereka mengikut jadual. Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada
kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan. Secara amnya, disiplin
arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik,
bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai
dengan umur dan keupayaan murid itu.
(c) Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam
dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan
dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan
dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa.
Oleh itu, tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara
rakan sebaya. Proses penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan
berlaku, menghasilkan kawalan disiplin di antara ahlinya. Murid yang tidak
mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan
penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan
disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah,
biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal
setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan
yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan
kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin
bilik darjah.
Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam
aktiviti kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti
pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek. Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid
biasanya diserahkan lepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua
kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik,
teratur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan
disiplin arahan kumpulan dalam kalangan kumpualan mereka.
(d) Disiplin
Arahan Diri
Disiplin arahan diri bermaksud
keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah
ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.
Takrif disiplin arahan diri ini
membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan-peraturan sekolah secara
sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru. Disiplin arahan diri diwujudkan
atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri.
Disiplin arahan diri biasanya
boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap
kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. Walau bagaimanapun, nilai
disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti
menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah
kepada murid-murid, menyerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan,
hormat-menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan kerjasama dalam
aktiviti pengajaran pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.
Antara empat jenis disiplin
yang dibincangkan, disiplin arahan diri merupakan jenis disiplin yang paling
berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Apabila murid-murid mulai
sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah, masalah disiplin
di sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum
Punca
Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah
Antara punca masalah disiplin termasuk:
·
kebosanan, guru
telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap
pencapaian pelajar
·
pelajar tidak mampu
menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas dan
penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama
·
pengurusan guru
adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan
yang mengganggu kelancaran pengajaran
·
keliru dengan
ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.
·
Interaksi rakan
sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari luar
sekolah kedengaran dalam bilik darjah
Harga kendiri
akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment